MISTERI PLANET BUMI / TWO FACES OF EARTH
Merungkai
rahsia planet bumi dan fenomena yang terjadi ke atasnya melalui hujah-hujah
tradisional dan saintifik. Unveil the possible shocking facts of the Earth.
DIHARAP PARA PEMBACA MEMBACA MENGIKUT TERTIB, BERMULA DARI PENDAHULUAN AGAR
PENULISAN INI TIDAK DISALAH TAFSIRKAN.
OPERASI
HIGHJUMP – MUNGKIN BUKTI ANTARTIKA ADALAH EQUATOR BUMI
Manusia secara fitrahnya diselubungi oleh perasaan ingin tahu, yang mendorong manusia menjelajah ke serata pelosok dunia untuk merungkai misteri-misteri alam yang dipinjamkan ini. Dua kawasan yang paling jarang dijelajahi manusia adalah kawasan Kutub Utara atau Arctic dan juga benua Antarctika. Di dalam era yang moden ini, penjelajahan ke dua hujung dunia ini didahului oleh pihak Amerika Syarikat yang mempunyai teknologi ketenteraan yang canggih. Sejurus selepas perang dunia kedua berakhir, pihak Amerika telah mendahului negara-negara lain dalam misi penjelajahan ke Arctic dan Antarctica. Berdasarkan artikel “The United States Navy Antarctic Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN, Commander TASK FORCE 68. Pada tahun 1945 – 1946, pihak tentera Amerika telah melancarkan dua operasi penjelajahan ke Kutub Utara, dinamakan ‘Operation Frostbite’ dan ‘Operation Nanook – May 1946’. Tujuan penjelajahan ini adalah untuk memahami muka bumi Kutub Utara, memetakan kawasan tersebut, melatih survival pasukan tentera untuk hidup dalam keadaan iklim yang ekstrim, meletakkan markas ketenteraan Amerika di kawasan Kutub Utara, dan tujuan-tujuan yang lain. Berdasarkan rekod pengembaraan mereka, operasi ini dihentikan sebelum mencapai TITIK PALING UTARA di kawasan Arctic.
Alasan yang
dinyatakan dalam artikel tersebut adalah kerana mereka memikirkan bahawa
keadaan iklim di bahagian yang lebih utara di Arctik adalah tidak terlalu
ekstrim untuk latihan ketenteraan. Adakah benar kenyataan tersebut? Seperti
yang diketahui bahagian paling Utara Arctik adalah bahagian yang paling ekstrim
iklimnya di bahagian Kutub Utara, dan hamper tiada hidupan yang mendiami
kawasan tersebut. Pada penulis,kenyataan tersebut menimbulkan keraguan, kerana
seolah-olah pihak tentera laut Amerika dengan mudah menghentikan pengembaraan
mereka di Arctik tanpa alasan yang munasabah. Kenyataan tersebut menimbulkan
persoalan adakah mereka membatalkan misi tersebut disebabkan oleh keadaan yang
terlampau ekstrim yang mustahil untuk dilalui oleh manusia? Seperti penerangan
penulis sebelum ini bahawa kawasan paling utara di Arctik adalah kawasan yang
paling kuat medan magnetiknya sehingga menyebabkan navigasi di kawasan tersebut
adalah mustahil dan sangat berbahaya. Oleh itu, mereka membatalkan penjelajahan
tersebut, yang tidak mengambil masa begitu lama, kerana saiz Arctic yang
tidaklah begitu besar.
Pada
Disember 1946, pihak Tentera Laut Amerika telah melancarkan operasi
besar-besaran untuk menjelahi Benua Antartika,iaitu ‘Operation High Jump’
diketuai oleh Admiral Richard E. Byrd. Operasi tersebut telah dijalankan dengan
beberapa syarat. Pertama, mereka tidak membenarkan penglibatan pemerhati asing
dari negara-negara lain. Kedua, operasi tersebut juga tidak melibatkan
pengaturan hubungan diplomatic Amerika dengan negara lain. Ini bermaksud, negara
lain tidak boleh terlibat dalam operasi tersebut untuk kepentingan
masing-masing. Sebelum operasi tersebut dijalankan Antartika telah menjadi
rebutan beberapa buah negara iaitu British, France, Norway, Chile, Argentina,
Australia, dan New Zealand. Disebabkan tekanan politik oleh negara-negara
tersebut, operasi HighJump hampir dibatalkan oleh presiden Amerika pada ketika
itu, Hary Truman. Syarat yang ketiga ialah kebanyakan tentera yang telah
menyertai operasi-operasi di Kutub Utara tidak dibenarkan menyertai Operasi
HighJump. Mengapa? Adakah akan lebih berkesan sekiranya sekumpulan askar yang
telah mempunyai pengalaman di Kutub Utara untuk menjalankan misi ke Antartika?
Bukankah mereka berkata bahawa keadaan di Artik tidak terlampau ekstrim untuk
melatih tentera? Jadi lebih baik askar-askar tersebut dibawa pula ke Antartika
untuk berlatih di Antartika. Pelik bukan? Pada pandangan penulis, pihak atasan
Amerika ingin menyembunyikan sesuatu, oleh itu mereka tidak membenarkan askar
yang telah hidup di kawasan kutub Utara untuk ke Antartika kerana Antartika
bukanlah sebuah kutub, tetapi merupakan garis tengah / ‘equator’ bumi! Sudah
pasti keadaan berbeza antara dua tempat tersebut, sedangkan jika kedua-dua
adalah kawasan kutub, sudah pasti tidak banyak perbezaan antara Artic dan
Antartika.
Tujuan
penjelajahan Antartika yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah untuk
meletakkan markas tentera Amerika, kajian saintifik (‘aerological measurement –
synoptical observation, radar meteorology, intensity of solar radiation),
‘terrestrial magnetic observation’, ‘aerial geological studies (prospecting for
atomic energy source materials), cosmic study’.
Kekuatan
ketenteraan yang dihantar untuk menjayakan operasi ini jauh lebih besar
daripada operasi di Arctic. Ini satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan
kepad penulis. Pihak atasan tentera Amerika telah mengerahkan 13 kapal perang,
4700 orang tentera yang belum menyertai operasi di Kutub utara sebelum ini, dan
29 pesawat penerbangan. Mengapakah begitu besar armada yang dikerahkan untuk
penjelajahan di Antartika? Sudah pasti adalah kerana Antartika adalah ‘equator’
bumi yang mempunyai keluasan paling luas, merangkumi lilitan garis tengah bumi.
Disebabkan saiz Antartika yang sangat besar, pasukan ini telah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Timur, Tengah, dan Barat. Setiap kumpulan
akan menjelajah sebahagian daripada Antartika seperti yang telah ditetapkan,
dan penemuan mereka akan digabungkan untuk dijadikan laporan lengkap. Pelik
bukan, jika antartika adalah kutub selatan bumi seperti Artik yang merupakan
Kutub utara bumi, sudah pasti keadaan iklim dan keluasan kedua-dua kawasan ini
adalah hampir sama. Tetapi seperti yang kita tahu Antartika adalah benua
terbesar di dunia. Adalah lebih logik sekiranya kawasan yang terbesar di bumi
adalah garis tengah bumi (equator), bukan di kutub. Penjelajahan mereka di
Antartika adalah hanya sepanjang pinggiran benua tersebut, bukanlah sehingga ke
bahagian paling dalam benua tersebut, kerana terdapat beberapa keganjilan yang
akan diterangkan kemudian.
Daripada
laporan yang ditulis dalam artikel tersebut, beberapa penemuan yang pelik telah
direkodkan. Berdasarkan laporan oleh juruterbang William Kearns, beliau
mengatakan bahawa sistem navigasi tradisional tidak boleh digunapakai untuk
penerbangan di Antartika. Mereka juga mengatakan bahawa penerbangan di
Antartika adalah sangat berbahaya. Tambahan pula jika ingin mencapai objektif
pemetaan Antartika, sesebuah kapal terbang perlulah dilengkapi dengan
kelengakapan fotografi yang sangat banyak, dan bekalan minyak yang berlebihan,
kerana Antartika adalah begitu besar, cuaca tidak menentu menyebabkan setiap
penerbangan yang dilancarkan untuk misi tersebut jarang untuk berjaya. Cuma
penerbangan kumpula Barat yang berjaya memetakan sebahagian daripada bahagian
Antartika yang telah ditetapkan.
Kumpulan Barat juga telah menemui satu penemuan yang menarik iaitu, sebuah
oasis yang mempunyai sedikit tumbuhan yang dinamakan Bunger’s Oasis. Tiada langsung
gunung di kawasan pinggiran Antartika. Pada 12 Feb 1947, misi penerbangan yang
telah dijalankan oleh WR Krietzer dan F.L Reinbolt ke kawasan yang lebih dalam
di Antartika telah menemukan tembok ais yang sangat tinggi, kira-kira 300 batu
dari pinggir Antartika. Ketinggian dinding ais tersebut lebih kurang 2 batu,
berbentuk Kristal ais berwarna biru jernih. Mereka meneruskan perjalan jauh ke
Selatan, namun kemudian berpatah balik kerana kapal terbang mereka tiba-tiba
tidak stabil dan mengalami masalah teknikal. Mereka menerangkan keadaan yang
mereka lihat sebagai landskap bagi sebuah planet yang lain daripada bumi.
Di
bahagian Timur Antartika, kumpulan Timur membuat beberapa percubaan penerbangan
untuk misi pemetaan, tetapi gagal. Pada 29 Dis 1946, kapal terbang George One
yang sedang menjalankan misi, telah mengalami kerosakan dan meletup di udara.
Tragedi tersebut mengorbankan nyawa beberapa tentera yang terlibat, dan
diingati sebagai ‘Antartic Mayday’. Daripada rekod yang dilaporkan dalam
artikel tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa Antartika merupakan sebuah benua
yang sangat besar, mungkin ia adalah ‘equator’ bumi. Antartika juga mempunyai
medan magnet yang sangat kuat sehingga menyebabkan penerbangan adalah mustahil.
Jadi, kita sehingga kini berada di dalam kubah atmosfera hemisfera bumi, dan
tidak pernah berjaya untuk merentasi Antartika untuk ke hemisfera yang satu
lagi, atau pun untuk ke angkasa lepas dengan melepasi lapisan atmosfera bumi
yang diselaputi oleh ‘Van Allen radiation belt’.
Berbalik
kepada Admiral Richard E. Byrd, beliau merupaka tokoh penting dalam
penjelajahan Antartika. Beliau dikurniakan Medal of Honor yang merupakan
penganugerahan tertinggi tentera AS. Beliau dicatatkan sebagai penerbang
pertama yang terbang di kutub Utara (Artik) dan Kutub Selatan (Antartika). Penjelajahan
pertama beliau ke Antartika adalah pada tahun 1928 – 1930 dengan 2 kapal laut
dan 3 pesawat udara. Kemudian, beliau kembali ke Antartika pada 1934 secara
bersendirian selama 5 bulan. Penjelajahan yang ketiga adalah pada tahun
1939-1940, diarahkan oleh pemerintah AS. Operation Highjump adalah ekspedisi
terbesar manusia ke Antartika. Dalam dokumentasi operasi tersebut, telah
disebutkan bahawa, pasukan tersebut berjaya menemui wilayah di Antartika yang
tidak diliputi ais (Bunger’s Oasis). Dalam wawancara Admiral Byrd di Harian
Chile 1947, beliau mengeluarkan satu penyataan yang sangat mengejutkan. Beliau
menyatakan bahawa “Amerika perlu melakukan tindakan defensive terhadap serangan
musuh yang datang dari kutub Selatan”. Musuh yang manakah yang dikatakan oeh
Byrd? Berdasarkan teori penulis, kumpulan penjelajahan dalam operasi Highjump
mungkin telah terlihat hemisfera bumi yang satu lagi, tetapi tidak boleh
terbang menembusi Antartika disebabkan oleh daya magnetik yang kuat. Adm Byrd
juga menyatakan bahawa ada wilayah sebesar Amerika yang belum pernah dilihat
oleh orang lain, yang terletak selepas daripada Antartika! Ekspedisi ke 5 Byrd,
dilakukan pada 1956-1957 dikenali sebagai Operation Deep Freeze, bertujuan
untuk membangunkan 3 pengkalan tentera di Antartika. Persoalannya musuh yang
manakah yang ditakuti oleh pemerintah dunia ini sehingga meletakkan tiga
pengkalan tentera di Antartika, tidak seperti di Artik? Sudah pasti ia
dibangunkan sebagai langkah keselamatan daripada ancaman yang berasal dari hemisfera
satu lagi di sebalik Antartika yang merupakan ‘equator’ bumi!
Mungkinkah
portal ke Hemisfera sebelah terletak di Bunger's Oasis, atau Segitiga Bermuda?
entahlah...semuanya adalah kemungkinan
sumber
rujukan:
1- artikel “The United States Navy Antarctic
Development Project 1945 – 1947” dilaporkan oleh RADM Richard E. Byrd (USN
Ret.) - Officer in Charge TASK FORCE 68 dan RADM Richard H. Cruzen, USN,
Commander TASK FORCE 68
2- www.melinweb.com – penjelajahan Antartika
oleh Admiral Ricahrd E. Byrd
Post a Comment